Saya tiada bajet banyak dalam belian dinar, boleh beli ansur-ansur atau ada cadangan yang lebih baik?

Saya ceritakan dalam satu situasi lain ya. Contoh, Ali hanya mampu beli 1 Dinar secara EPP (Shariah Easy Payment Purchase) - iaitu bayaran sekuriti deposit ansuran. Ali buat masa ini tak mampu untuk 10 dinar terus. 

Jadi, penyelesaian terbaik, Ali boleh kumpul belian emas sedikit demi sedikit menerusi akaun emas, atau dipanggil GAP. Dengan akaun emas, atau GAP ini, Ali ada 'tempoh bertenang' untuk beliau kumpul jumlah dalam akaun sedikit demi sedikit, tanpa perlu risau pasal kos upah simpan.

Bila sampai satu masa yang sesuai, dan pada masa itu Ali sudah berjaya kumpulkan dalam 50 gram, Ali ada pilihan nak keluarkan item dinar samada

a) 1 dinar (4.25 gram), atau

b) 5 dinar (21.25 gram), atau

c) 10 dinar (42.5 gram)

Manakala, baki dari akaun emas terkumpul itu, Ali boleh terus simpan ataupun jual balik bila dah untung.

Copyright NotaEmas.com | WanMohdWazir.com