Saya nak keluarkan emas dari akaun GAP, bolehke guna GIT? Ada caj ke guna GIT ni?

Terima kasih atas soalan berkaitan GIT. GIT ni dari singkatan Gold in Transit. Bahasa mudah, kaedah penghantaran emas yang telah dibuat kepada pelanggan secara pos terus ke rumah anda. 

Untuk perhatian, satu jabatan telah diwujudkan khas oleh Public Gold untuk mempercepatkan proses pengeluaran emas melalui GIT Withdrawal. Jabatan ini bertanggungjawab untuk menguruskan pembungkusan parcel ke seluruh negara, dan buat masa ini ianya terdiri dari 20 orang staff baru. 

Jika anda telah miliki simpanan yang mencukupi dalam akaun GAP, namun tak berkesempatan untuk ke cawangan Public Gold, atau masih dalam keadaan berjaga-jaga disebabkan faktor PKP, maka GIT adalah pilihan terbaik! 

Buat masa ini, GIT hanya sesuai untuk item bermula dari 1gram ke 20gram.

 

Berikut ialah caj pos untuk item emas melalui GIT Withdrawal tidak termasuk GOLD PREMIUM.

ITEM            CAJ POS               GOLD PREMIUM

1 gram          RM10                  RM10 - RM15

10 gram        RM10                   RM15 (Borneo RM30)

20 gram        RM10                   RM20 (Borneo RM40)

 

ITEM            CAJ POS               GOLD PREMIUM

0.5 dinar       RM10                   RM15

1 dinar          RM10                   RM15

5 dinar          RM10                   RM20 (Borneo RM40)

 

SELAMAT KE GUNA GIT NI?
Ya, ianya selamat dan dilindungi insurans. Sekiranya hilang, ianya akan digantikan. Sebelum produk itu diposkan, anda boleh lihat status penghantaran pada GIT Withdrawal → Withdrawal Order History.

Pihak penghantar seperti DHL akan hantar notifikasi awal menerusi sms sebelum anda terima produk. (Justeru, anda boleh bersedia awal pada tarikh penghantaran)  

Copyright NotaEmas.com | WanMohdWazir.com