Public Gold ni ada kelulusan dengan Bank Negara Malaysia tak? Ada PIDM tak?

Public Gold adalah kedai jual emas. Justeru, tiada keperluan untuk Public Gold mempunyai sebarang sijil dari Bank Negara mahupun Kementerian Kewangan. 

Cuma, cara jualan Public Gold ada dibuat menerusi agen (disebut Dealer). Semua orang layak menjadi agen :-)

Berkaitan dengan PIDM (Perbadanan Insurans Deposit) pula, ia hanya melindungi duit dalam bank sahaja. Sekiranya anda simpan emas di dalam bank, ianya tidak termasuk dalam PIDM. 

Perlu difahami di sini adalah, emas itu secara semulajadinya bersifat pelaburan. Anda simpan emas sikit, anda untung, anda simpan banyak, anda lagi untung.

Copyright NotaEmas.com | WanMohdWazir.com