Boleh saya tahu fungsi sebenar Preferred Branch?

Baiklah, sesetengah pihak beranggapan Preferred Branch ini sekadar nak ambil stok emas atau perak sahaja. Sebenarnya, peranan Preferred Branch ini lebih luas.

Peranan terpenting Preferred Branch adalah untuk membantu pelanggan atau dealer atas semua urusan dengan data pelanggan/dealer bermula dari pra-pendaftaran, pendaftaran, pembelian, jual balik, komisen dan perundangan (sebagai contoh: kes-kes kematian pelanggan yang mempunyai aset dalama akaun GAP).

Jadi, berdasarkan pengalaman saya yang dah lebih 13 tahun bersama Public Gold, saya masih setia dengan Preferred Branch di Kuala Terengganu disebabkan kualiti dan ramah mesra yang sangat baik.

Oleh kerana itu, setiap kali saya daftarkan pelanggan saya, memang saya akan sarankan agar memilih Kuala Terengganu. 

Copyright NotaEmas.com | WanMohdWazir.com