Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, apa yang perlu dibuat ya?

Jika ada berlaku kematian (mati) pada penyimpan emas seperti GAP (Gold Accumulation Program), terdapat empat (4) dokumen yang perlu dilengkapkan oleh pihak waris kepada pihak Public Gold (mana-mana cawangan):

 

✅ Sijil Kematian

✅ Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak)

✅ Salinan IC pewaris

✅ Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris (isteri/anak-anak).

 

Pihak Public Gold akan menguruskan proses pindah milik setelah kesemua dokumen dilengkapkan(*)

 

Untuk kes melibatkan Easy Payment Purchased (EPP), waris boleh juga buat tuntutan. Ada 2 kemungkinan ;

(a) menjual kembali kepada Public Gold pada harga semasa dan tolak 5% penalti; atau 

(b) pihak waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.

 

* Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad. 

 

Article Details

Article ID:
11
Category:
Rating :

Copyright NotaEmas.com | WanMohdWazir.com